TEKS BAHASA ARAB
من لها بالغناء، لم يؤذن له أن يسمع صوت الروحانيين يوم القيامة. قيل: وما الروحانيون؟ قال: قراء اهل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang lalai dengan nyanyian nescaya dia tidak akan diizinkan untuk mendengar suara al-Ruhaniyyin pada hari kiamat. Dikatakan : Apakah itu al-Ruhaniyyun? Jawab Baginda SAW : Pembaca-pembaca al-Quran dalam kalangan ahli syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1649, hadis nombor 8336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من لها بالغناء، لم يؤذن له أن يسمع صوت الروحانيين يوم القيامة. قيل: وما الروحانيون؟ قال: قراء اهل الجنة)). [الواحدي في ((تفسيره الوسيط))، ((الضعيفة)) (6516)].
(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : ((Barang siapa yang lalai dengan nyanyian nescaya dia tidak akan diizinkan untuk mendengar suara al-Ruhaniyyin pada hari kiamat. Dikatakan : Apakah itu al-Ruhaniyyun?. Jawab Baginda SAW : Pembaca-pembaca al-Quran dalam kalangan ahli syurga)).
[Riwayat al-Wahidi dalam tafsirnya al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6516].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.