Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang ketika masuk waktu pagi dia membaca maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ أَلْفَ مَرَّةٍ؛ فَقَدِ اشْتَرَى نَفْسَهُ مِنَ اللَّهِ، وَكَانَ فِي آخِرِ يَوْمِهِ عَتِيقَ اللَّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang ketika masuk waktu pagi dia membaca maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali, maka dia telah mengabdikan dirinya kepada Allah, dan pada akhir hari tersebut dia mendapat kebebasan daripada Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1514, hadis no. 7705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس مرفوعاً: ((من قال إذا أصبح: سبحان الله وبحمده ألف مرة؛ فقد اشترى نفسه من الله، وكان في آخر يومه عتيق الله)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، طس، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5296)].

(Lemah) Daripada Abdullah Bin Abbas RA secara marfu': “Barang siapa yang ketika masuk waktu pagi dia membaca سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ (maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 1000 kali, maka dia telah mengabdikan dirinya kepada Allah, dan pada akhir hari tersebut dia mendapat kebebasan daripada Allah.” [al-Khara'iti di dalam Makarim al-Akhlaq, al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Asbahani, Silsilah al-Daifah (5296].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.