Barang siapa yang ketika masuk waktu pagi dia membaca 'Cukuplah Allah bagiku tiada Tuhan melainkan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أصبح وإذا أمسى: حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت، وهو رب العرش العظيم؛ سبع مرات، كفاه الله ما أهمه، صادقاً كان أو كاذباً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang ketika masuk waktu pagi dia membaca ‘Cukuplah Allah bagiku tiada Tuhan melainkan-Nya, dan kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan kepada arasy yang agung’
sebanyak tujuh kali, maka Allah mencukupkan baginya apa yang penting baginya sama ada benar ataupun tidak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1514, hadis nombor 7706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر). عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: ((من قال إذا أصبح وإذا أمسى: حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت، وهو رب العرش العظيم؛ سبع مرات، كفاه الله ما أهمه، صادقاً كان أو كاذباً)). [د، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5286)].

(Munkar) Daripada Abi Darda RA, beliau berkata: "Barang siapa yang ketika masuk waktu pagi dia membaca,
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ، وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ؛
(Cukuplah Allah bagiku tiada Tuhan melainkan-Nya, dan kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan kepada arasy yang agung),
sebanyak tujuh kali, maka Allah mencukupkan baginya apa yang penting baginya sama ada benar ataupun tidak."[Sunan Abi Dawud, Ibn Asakir, Silsilah al-Daifah (5286)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs