Barang siapa yang keluar ke jalan Allah, lalu dia mati atau dibunuh maka dia merupakan seorang syahid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من فصل في سبيل الله، فمات أو قتل؛ فهو شهيد، أو وقصه فرسه أو بعيره، أو لدغته هامة، أو مات على فراشه بأي حتف شاء الله؛ فإنه شهيد، وإن له الجنة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang keluar ke jalan Allah, lalu dia mati atau dibunuh maka dia merupakan seorang syahid, kuda atau untanya telah mematahkan lehernya atau ia disengat binatang atau dia meninggal di atas katilnya atau dengan kematian bagaimanapun yang Allah kehendaki, maka dia adalah seorang yang syahid dan baginya syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752-1753, hadis nombor 8831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري-رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((من فصل في سبيل الله، فمات أو قتل؛ فهو شهيد، أو وقصه فرسه أو بعيره، أو لدغته هامة، أو مات على فراشه بأي حتف شاء الله؛ فإنه شهيد، وإن له الجنة.)) [د، ((الضعيفة)) (5361)].

(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang keluar ke jalan Allah, lalu dia mati atau dibunuh maka dia merupakan seorang syahid, kuda atau untanya telah mematahkan lehernya atau ia disengat binatang atau dia meninggal di atas katilnya atau dengan kematian bagaimanapun yang Allah kehendaki, maka dia adalah seorang yang syahid dan baginya syurga.))
[Riwayat Abu Dawud. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5361].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.