Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من فصل في سبيل اللهِ، فمات أو قتل؛ فهو شهيدٌ، أو وقصَه فرسُه أو بعيرُه، أو لدغته هامةٌ، أو مات على فراشه بأي حتفٍ شاء اللهُ؛ فإنه شهيدٌ، وإنَّ له الجنةُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang keluar ke jalan Allah, lalu dia mati atau dibunuh maka dia merupakan seorang syahid, kuda atau untanya telah mematahkan lehernya atau ia disengat binatang atau dia meninggal di atas katilnya atau dengan kematian bagaimanapun yang Allah kehendaki, maka dia adalah seorang yang syahid dan baginya syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Asy'ari
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752-1753, hadis no. 8831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري-رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((من فصل في سبيل الله، فمات أو قتل؛ فهو شهيد، أو وقصه فرسه أو بعيره، أو لدغته هامة، أو مات على فراشه بأي حتف شاء الله؛ فإنه شهيد، وإن له الجنة.)) [د، ((الضعيفة)) (5361)].
(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asy'ari RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang keluar ke jalan Allah, lalu dia mati atau dibunuh maka dia merupakan seorang syahid, kuda atau untanya telah mematahkan lehernya atau ia disengat binatang atau dia meninggal di atas katilnya atau dengan kematian bagaimanapun yang Allah kehendaki, maka dia adalah seorang yang syahid dan baginya syurga.)) [Riwayat Abu Dawud. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5361].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman