Barang siapa yang ingin kuat untuk berpuasa maka hendaklah dia bersahur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أراد أن يقوى على الصيام؛ فليتسحر، وليقل، ويشم طيبا، ولا يفطر على ماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang ingin kuat untuk berpuasa maka hendaklah dia bersahur, (makan) sedikit, menghidu wangian dan tidak berbuka puasa dengan air.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 429, hadis nombor 2308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أراد أن يقوى على الصيام؛ فليتسحر، وليقل، ويشم طيبا، ولا يفطر على ماء». [عد، هب، «الضعيفة» (2607)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang ingin kuat untuk berpuasa maka hendaklah dia bersahur, (makan) sedikit, menghidu wangian dan tidak berbuka puasa dengan air". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6207].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.