Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أرادَ أن يقوَى علَى الصِّيامِ؛ فليتسحَّرْ، وليُقِلْ، ويشُمَّ طيبًا، ولا يُفطِرْ على ماءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang ingin kuat untuk berpuasa maka hendaklah dia bersahur, (makan) sedikit, menghidu wangian dan tidak berbuka puasa dengan air.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 429, hadis no. 2308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أراد أن يقوى على الصيام؛ فليتسحر، وليقل، ويشم طيبا، ولا يفطر على ماء». [عد، هب، «الضعيفة» (2607)].
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang ingin kuat untuk berpuasa maka hendaklah dia bersahur, (makan) sedikit, menghidu wangian dan tidak berbuka puasa dengan air". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6207].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman