Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang ingin dimustajabkan doanya dan dibebaskan daripada kesusahannya maka bantulahlah orang yang dalam kesusahan

Teks Bahasa Arab

مَن أرادَ أنْ تُستَجابَ دَعوَتُه، وأنْ تُكشَفَ كُربَتُه، فلْيُفرِّجْ عن مُعسِرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang ingin dimustajabkan doanya dan dibebaskan daripada kesusahannya maka bantulahlah orang yang dalam kesusahan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis no. 8058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-:: ((مَن أراد أن تستجاب دعوته، وأن تكشف كربته؛ فليُفرج عن معسر)). [حم، ع، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (6808)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Barang siapa yang ingin dimustajabkan doanya dan dibebaskan daripada kesusahannya maka bantulahlah orang yang dalam kesusahan.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Abi Ya’la dalam Musnadnya, dan Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6808].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.