Barang siapa yang hendak berbekam, maka pilihlah hari ke-17, atau 19 mahupun 21

TEKS BAHASA ARAB

من أراد الحجامة فليتحر سبعة عشر، أوتسعة عشر، أو إحدى وعشرين، ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang hendak berbekam, maka pilihlah hari ke-17, atau 19 mahupun 21, dan janganlah sampai darah melimpah-limpah lalu hal demikian akan membunuhmu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1172, hadis nombor 5926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من أراد الحجامة فليتحر سبعة عشر، أوتسعة عشر، أو إحدى وعشرين، ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله)). [ه، ((الضعيفة)) (1864)]

(Terlalu Lemah) Daripada Anas bin Malik RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang hendak berbekam, maka pilihlah hari ke-17, atau 19 mahupun 21, dan janganlah sampai darah melimpah-limpah lalu hal demikian akan membunuhmu. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1864]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs