Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang hatinya dicampur dengan cinta pada dunia maka dia akan mendapati tiga perkara ini

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَشْرِبَ قَلْبَهُ حُبَّ الدُّنْيَا الْتَاطَ مِنْهَا بِثَلاثٍ: شَقَاءٍ لا يَنْفَدُ عَنَاهُ، وَحِرْصٍ لا يَبْلُغُ غِنَاهُ، وَأَمَلٍ لا يَبْلُغُ مُنْتَهَاهُ، فَالدُّنْيَا طَالِبَةٌ وَمَطْلُوبَةٌ، فَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا طَلَبَتْهُ الآخِرَةُ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمَوْتُ فَيَأْخُذَهُ، وَمَنْ طَلَبَ الآخِرَةَ طَلَبَتْهُ الدُّنْيَا حَتَّى يَسْتَوْفِيَ مِنْهَا رِزْقَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang hatinya dipenuhi cinta pada dunia maka dia akan mendapati tiga perkara ini: Penderitaan yang tidak akan berakhir, dan keinginan yang tidak akan pernah terpenuhi, dan cita-cita yang tidak berpenghujung. Sesungguhnya dunia itu sifatnya sama ada ia menuntut atau dituntut. Barang siapa yang mencari (keberuntungan) dunia, akhirat akan mencarinya sehingga sampai kepadanya kematian dan ia mengambil nyawanya. Dan barang siapa yang mencari (keberuntungan) kehidupan akhirat, maka dunia akan mencarinya sehingga dia mati dan (dia) akan mendapat rezeki (kecukupan) darinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1587, hadis no. 8021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ أَشْرِبَ قَلْبَهُ حب الدُّنْيَا الْتَاطَ مِنْهَا بِثَلاثٍ: شَقَاءٍ لا يَنْفَذُ عَنَاهُ، وَحِرْصٍ لا يَبْلُغُ غِنَاهُ، وَأَمَلٍ لا يَبْلُغُ مُنْتَهَاهُ، فَالدُّنْيَا طَالِبَةٌ وَمَطْلُوبَةٌ، فَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا طَلَبَتْهُ الآخِرَةُ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمَوْتُ فَيَأْخُذَهُ، وَمَنْ طَلَبَ الآخِرَةَ طَلَبَتْهُ الدُّنْيَا حَتَّى يَسْتَوْفِيَ مِنْهَا رِزْقَهُ)). [طب، حل، الشجري ((الضعيفة)) (6650)].

(Lemah) Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang hatinya dipenuhi cinta pada dunia maka dia akan mendapati tiga perkara ini: Penderitaan yang tidak akan berakhir, dan keinginan yang tidak akan pernah terpenuhi, dan cita-cita yang tidak berpenghujung. Sesungguhnya dunia itu sifatnya sama ada ia menuntut atau dituntut. Barang siapa yang mencari (keberuntungan) dunia, akhirat akan mencarinya sehingga sampai kepadanya kematian dan ia mengambil nyawanya. Dan barang siapa yang mencari (keberuntungan) kehidupan akhirat, maka dunia akan mencarinya sehingga dia mati dan (dia) akan mendapat rezeki (kecukupan) darinya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6650)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.