Barang siapa yang duduk di atas kubur dan membuang air kecil atau air besar padanya, maka seolah-olah dia duduk di atas bara api

TEKS BAHASA ARAB

من جلس على قبر يبول عليه أو يتغوط، فكأنما جلس على جمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang duduk di atas kubur dan membuang air kecil atau air besar padanya, maka seolah-olah dia duduk di atas bara api.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721-1722, hadis nombor 8654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من جلس على قبر يبول عليه أو يتغوط، فكأنما جلس على جمرة.)) [الطحاوي، ((الضعيفة))(966)].

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang duduk di atas kubur dan membuang air kecil atau air besar padanya, maka seolah-olah dia duduk di atas bara api.))
[Riwayat al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 966].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs