Barang siapa yang ditimpa musibah pada hartanya, jasadnya dan menyembunyikannya serta tidak mengadukannya kepada orang lain

TEKS BAHASA ARAB

من أصيب بمصيبة في ماله أو جسده وكتمها ولم يشكها إلى الناس كان حقا على الله أن يغفر له

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang ditimpa musibah pada hartanya atau jasadnya dan menyembunyikannya serta tidak mengadukannya kepada orang lain, maka Allah berhak untuk mengampunkan dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أصيب بمصيبة في ماله أو جسده وكتمها ولم يشكها إلى الناس كان حقا على الله أن يغفر له )). [طب، ابن حبان في ((المجروحين))، ((الضعيفة))(198)].

(Palsu)
Daripada Ibnu Abbas RHUMA, secara marfu’ (disandarkan kepada Rasulullah SAW): ((Barang siapa yang ditimpa musibah pada hartanya atau jasadnya dan menyembunyikannya serta tidak mengadukannya kepada orang lain, maka Allah berhak untuk mengampunkan dosanya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 198].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs