Barang siapa yang ditimpa dengan satu musibah, lalu dia mengingati musibah tersebut maka dia mengucapkan istirja’

TEKS BAHASA ARAB

من أصيب بمصيبة فأحدث استرجاعا، وإن تقادم عهدها، كتب الله له من الأجر مثله يوم أصيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang ditimpa dengan satu musibah, lalu dia mengingati musibah tersebut maka dia mengucapkan istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) walaupun perkara itu telah berlaku, akan ditulis oleh Allah baginya ganjaran seperti hari yang ditimpa musibah tersebut.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1494, hadis nombor 7616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن الحسين مرفوعاً: من أصيب بمصيبة، فذكر مصيبته، فأحدث استرجاعاً – وإن تقادم عهدها -؛ كتب الله له من الأجر مثله يوم أصيب. [هـ، ابن طولون في ((الأربعين))، الدولابي في ((الكنى)) و((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (4551)]

(Sangat Lemah) Daripada al-Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang ditimpa dengan satu musibah, lalu dia mengingati musibah tersebut maka dia mengucapkan istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) walaupun perkara itu telah berlaku, akan ditulis oleh Allah baginya ganjaran seperti hari yang ditimpa musibah tersebut. [Riwayat Ibn Majah, Muhammad bin Tulun dalam al-Arbain, dan al-Dulabi dalam al-Kuna serta al-Zurriyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4551]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs