Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أُصِيبَ بِمُصِيبَةٍ فَأَحْدَثَ اسْتِرْجَاعًا، وَإِنْ تَقَادَمَ عَهْدُهَا، كَتَبَ اللَّهُ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَهُ يَوْمَ أُصِيبَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang ditimpa dengan satu musibah, lalu dia mengingati musibah tersebut maka dia mengucapkan istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) walaupun perkara itu telah berlaku, akan ditulis oleh Allah baginya ganjaran seperti hari yang ditimpa musibah tersebut.
Sahabat Perawi
- al-Husain Bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1494, hadis no. 7616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن الحسين مرفوعاً: من أصيب بمصيبة، فذكر مصيبته، فأحدث استرجاعاً - وإن تقادم عهدها -؛ كتب الله له من الأجر مثله يوم أصيب. [هـ، ابن طولون في ((الأربعين))، الدولابي في ((الكنى)) و((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (4551)]
(Sangat Lemah) Daripada al-Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang ditimpa dengan satu musibah, lalu dia mengingati musibah tersebut maka dia mengucapkan istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) walaupun perkara itu telah berlaku, akan ditulis oleh Allah baginya ganjaran seperti hari yang ditimpa musibah tersebut. [Riwayat Ibn Majah, Muhammad bin Tulun dalam al-Arbain, dan al-Dulabi dalam al-Kuna serta al-Zurriyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4551]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman