Barang siapa yang disebutkanku kepadanya tetapi dia tidak berselawat kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

من ذكرت عنده فلم يصل علي؛ فقد شقي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang disebutkan namaku kepadanya tetapi dia tidak berselawat kepadaku, maka celakalah dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis nombor 7699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من ذكرت عنده فلم يصل علي؛ فقد شقي.)) [ابن السني، (الضعيفة)) (5223)].

(Lemah)
Daripada Jabir Bin Abdullah RA, daripada Rasulullah SA, Baginda SAW bersabda: ((Barang siapa yang disebutkan namaku kepadanya tetapi dia tidak berselawat kepadaku, maka celakalah dia.))
[Riwayat Ibnu al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5223].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs