Barang siapa yang diminta (akan sesuatu) atas nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

من سئل بالله فأعطى؛ كتب له سبعون سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang diminta (akan sesuatu) atas nama Allah, kemudian dia memberikannya; maka dicatat baginya 70 kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis nombor 2790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله : «من سئل بالله فأعطى؛ كتب له سبعون سنة».
[هب، «الضعيفة، (5807)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang diminta (akan sesuatu) atas nama Allah, kemudian dia memberikannya; maka dicatat baginya 70 kebaikan.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam kitab Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5807]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs