Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang diminta (akan sesuatu) atas nama Allah SWT, kemudian dia memberikannya; maka dicatat baginya 70 kebaikan

Teks Bahasa Arab

من سُئِلَ باللَّه فأعطى؛ كتبَ لَهُ سبعونَ حسنَةً.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang diminta (akan sesuatu) atas nama Allah SWT, kemudian dia memberikannya; maka dicatat baginya 70 kebaikan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis no. 2790.

(ضعیف) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله : «من سئل بالله فأعطى؛ كتب له سبعون سنة». [هب، «الضعيفة، (5807)].

(Lemah) Daripada Abdulllah bin Amru RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang diminta (akan sesuatu) atas nama Allah SWT, kemudian dia memberikannya; maka dicatat baginya 70 kebaikan”.” [Riwayat al-Bayhaqi dalam kitab Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5807].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.