Barang siapa yang dikurniakan cahaya mata

TEKS BAHASA ARAB

من ولد له مولود، فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى، لم تضره أم الصبيان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang dikurniakan cahaya mata, kemudian dia mengazankannya di telinga kanannya dan mengucapkan iqamah pada telinga kirinya, nescaya bayi tersebut tidak akan diganggu oleh Ummu as-Sibyan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis nombor 4674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسين بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من ولد له مولود، فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى، لم تضره أم الصبيان)).
[ع، ابن عساكر، ابن السني، ابن بشران، أبو طاهر القرشي في ((حديث ابن مروان الأنصاري وغيره))، ((الضعيفة)) (321)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang dikurniakan cahaya mata, kemudian dia mengazankannya di telinga kanannya dan mengucapkan iqamah pada telinga kirinya, nescaya bayi tersebut tidak akan diganggu oleh Ummu as-Sibyan.
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah, Ibn Bishran dalam al-Amali, dan Abu Tahir al-Qurashi dalam Hadith Ibn Marwan al-Ansariyy wa Ghairihi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 321].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs