Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن وُلِدَ لهُ مَولودٌ، فأذَّنَ في أذنِهِ اليُمنَى، وأقامَ في أذنِهِ اليُسرَى، لم تضُرَّهُ أمُّ الصِّبيانِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang dikurniakan cahaya mata, kemudian dia mengazankannya di telinga kanannya dan mengucapkan iqamah pada telinga kirinya, nescaya bayi tersebut tidak akan diganggu oleh Ummu as-Sibyan.
Sahabat Perawi
- al-Husain Bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis no. 4674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: من ولد له مولود، فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى، لم تضره أم الصبيان. [ع، ابن عساكر، ابن السني، ابن بشران، أبو طاهر القرشي في حديث ابن مروان الأنصاري وغيره، الضعيفة (321)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang dikurniakan cahaya mata, kemudian dia mengazankannya di telinga kanannya dan mengucapkan iqamah pada telinga kirinya, nescaya bayi tersebut tidak akan diganggu oleh Ummu as-Sibyan. [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah, Ibn Bishran dalam al-Amali, dan Abu Tahir al-Qurashi dalam Hadith Ibn Marwan al-Ansariyy wa Ghairihi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 321].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman