Barang siapa yang datang kepadaku, tanpa sebarang hajat yang lain melainkan hanya untuk menziarahiku

TEKS BAHASA ARAB

من جاءني زائرا لا يعمله حاجة إلا زيارتي؛ كان حقا على أن أكون له شفيعا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang datang kepadaku, tanpa sebarang hajat yang lain melainkan hanya untuk menziarahiku, maka telah wajib bagiku untuk menjadi pemberi syafaat baginya di hari kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis nombor 2789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله : «من جاءني زائرا لا يعمله حاجة إلا زيارتي؛ كان حقا على أن أكون له شفيعا يوم القيامة».
[طب، طس، الخلعي في الفوائد»، ابن النجار في «تاريخ المدينة»، «الضعيفة»، (5732)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang datang kepadaku, tanpa sebarang hajat yang lain melainkan hanya untuk menziarahiku, maka telah wajib bagiku untuk menjadi pemberi syafaat baginya di hari kiamat.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, al-Khila'ie dalam kitabnya al-Fawaid, Ibn Najjar dalam kitabnya Tarikh al-Madinah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5732]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs