Barang siapa yang datang ke perkuburan dan membaca surah Yasin

TEKS BAHASA ARAB

من دخل المقابر، فقرأ سورة (يس) خفف عنهم يومئذ، وكان له بعدد من فيها حسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang datang ke perkuburan dan membaca surah Yasin, maka akan diringankan (azab) bagi mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan baginya kebaikan sebanyak bilangan ahli kubur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis nombor 8672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من دخل المقابر، فقرأ سورة (يس) خفف عنهم يومئذ، وكان له بعدد من فيها حسنات.)) [الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (1246)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang datang ke perkuburan dan membaca surah Yasin, maka akan diringankan (azab) bagi mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan baginya kebaikan sebanyak bilangan ahli kubur.))
[Riwayat al-Tha’labi dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1246].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs