Barang siapa yang dalam tempoh itu sehingga berlebihan dan bidaah, mereka itulah ahli neraka

TEKS BAHASA ARAB

إن الإسلام يشيع، ثم تكون له فترة، فمن كانت فترته إلى غلو وبدعة؛ فأولئك أهل النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Islam akan tersebar, kemudian sampailah padanya suatu tempoh, barang siapa yang dalam tempoh itu dia berlebihan dan membuat bidaah, maka, mereka itulah ahli neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis nombor 7992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها- قالت: دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم المسجد فإذا أصوات كدوي النحل قراءة القرآن، فقال:(( إن الإسلام يشيع، ثم تكون له فترة، فمن كانت فترته إلى غلو وبدعة؛ فأولئك أهل النار)). [طب، ((الضعيفة)) (7068)].

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW telah masuk ke masjid yang bunyi bacaan al-Quran di dalamnya seperti bunyi dengungan lebah. Baginda bersabda: "Sesungguhnya Islam akan tersebar, kemudian sampailah padanya suatu tempoh, barang siapa yang dalam tempoh itu dia berlebihan dan membuat bidaah, maka, mereka itulah ahli neraka.” [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7068].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs