Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang dagingnya tumbuh daripada sumber yang dimurkai maka neraka lebih layak untuknya

Teks Bahasa Arab

ثمنُ القَيْنَةِ حرامٌ، وغناؤُها حرامٌ، والنظرُ إليها حرامٌ، وثمنُها مِثْلُ ثمنِ الكلبِ، وثمنُ الكلبِ سُحْتٌ، ومن نبت لحمُه على السُّحْتِ فالنارُ أَوْلَى به.

Teks Bahasa Melayu

Sumber pendapatan seorang penyanyi wanita adalah haram, perbuatannya menyanyi adalah haram dan melihat (mendengar) nyanyiannya juga adalah haram. Nilainya sama seperti nilai anjing dan nilai anjing itu adalah hina. Barang siapa yang dagingnya tumbuh daripada sumber yang hina dan dimurkai maka neraka lebih layak untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis no. 8192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ثمن القينة حرام، وغناؤها حرام، والنظر إليها حرام، وثمنها مثل ثمن الكلب، وثمن الكلب سحت، ومن نبت لحمه على السحت فالنار أولى به)). [طب، ((الضعيفة))، (3458)].

(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sumber pendapatan seorang penyanyi wanita adalah haram, perbuatannya menyanyi adalah haram dan melihat (mendengar) nyanyiannya juga adalah haram. Nilainya sama seperti nilai anjing dan nilai anjing itu adalah hina. Barang siapa yang dagingnya tumbuh daripada sumber yang hina dan dimurkai maka neraka lebih layak untuknya.)) [Riwayat al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3458].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.