Barang siapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan kanak-kanak, binatang dan anak kecil

TEKS BAHASA ARAB

من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنيه: {أفغير دين الله يبغون…}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan kanak-kanak, binatang dan anak kecil, maka bacalah di kedua telinganya (firman Allah SWT): {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah?…} [Surah Āli ‘Imrān ayat 83].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis nombor 7822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنيه: {أفغير دين الله يبغون…})). [طس، ((الضعيفة)) (5601)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan kanak-kanak, binatang dan anak kecil, maka bacalah di kedua telinganya (firman Allah SWT): {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah?…} [Surah Āli ‘Imrān ayat 83].
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5601]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs