Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن ساءَ خُلقُهُ مِن الرَّقيقِ والدَّوابِّ والصِّبيانِ؛ فاقرَأوا في أُذنَيهِ: {أفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ...}.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan kanak-kanak, binatang dan anak kecil, maka bacalah di kedua telinganya (firman Allah SWT): {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah?...} [Surah Āli ‘Imrān ayat 83].
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis no. 7822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنيه: {أفغير دين الله يبغون…})). [طس، ((الضعيفة)) (5601)]
(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan kanak-kanak, binatang dan anak kecil, maka bacalah di kedua telinganya (firman Allah SWT): {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah?...} [Surah Āli ‘Imrān ayat 83]. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5601]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman