Classification icon

Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang buang air kecil di tempat mandinya lalu dia terkena was-was

Teks Bahasa Arab

إن الله تعالى أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم. إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله يرجع؛ الخبيث عن منازلكم،وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيباً في طعامكم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SAW telah memerintahku supaya mengajar kalian apa yang telah Dia ajarkan kepadaku dan supaya aku mendidik kalian. Apabila kalian sampai ke pintu rumah kalian, maka sebutlah nama Allah, nescaya syaitan akan keluar dari rumah kalian. Apabila makanan diletakkan di hadapan salah seorang daripada kalian, maka hendaklah dia menyebut nama Allah supaya syaitan tidak berkongsi rezeki dengan kalian. Dan barang siapa yang mandi pada waktu malam, maka jagalah auratnya. Jika dia tidak menjaga auratnya, lalu dia terkena penyakit maka janganlah dipersalahkan melainkan dirinya sendiri. Barang siapa yang buang air kecil di tempat mandinya lalu dia terkena was-was, maka janganlah dipersalahkan melainkan dirinya sendiri. Apabila kalian mengangkat meja maka sapulah di bawahnya. Ini kerana sesungguhnya syaitan memungut apa yang berada di bawahnya, maka janganlah kalian jadikan untuk mereka sebahagian daripada makanan kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1571, hadis no. 7955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة- رضي الله عنه-، مرفوعا:((إن الله تعالى أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم. إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله، يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم)). [الحكيم، ((الضعيفة)) (7082)].

(Sangat munkar) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SAW telah memerintahku supaya mengajar kalian apa yang telah Dia ajarkan kepadaku dan supaya aku mendidik kalian. Apabila kalian sampai ke pintu rumah kalian, maka sebutlah nama Allah, nescaya syaitan akan keluar dari rumah kalian. Apabila makanan diletakkan di hadapan salah seorang daripada kalian, maka hendaklah dia menyebut nama Allah supaya syaitan tidak berkongsi rezeki dengan kalian. Dan barang siapa yang mandi pada waktu malam, maka jagalah auratnya. Jika dia tidak menjaga auratnya, lalu dia terkena penyakit maka janganlah dipersalahkan melainkan dirinya sendiri. Barang siapa yang buang air kecil di tempat mandinya lalu dia terkena was-was, maka janganlah dipersalahkan melainkan dirinya sendiri. Apabila kalian mengangkat meja maka sapulah di bawahnya. Ini kerana sesungguhnya syaitan memungut apa yang berada di bawahnya, maka janganlah kalian jadikan untuk mereka sebahagian daripada makanan kalian. [Diriwayatkan oleh al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7082].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.