Barang siapa yang berwuduk maka ingatlah Allah pada wuduknya, kerana ia akan menyucikan seluruh jasadnya

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فذكر الله عز وجل على وضوئه، كان طهورا لسائر جسده، ومن توضأ ولم يذكر الله عز وجل لم يطهر منه إلا ما أصابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berwuduk maka ingatlah Allah pada wuduknya, kerana ia menyucikan untuk seluruh jasadnya. Dan barang siapa yang berwuduk tanpa mengingati Allah Azza wa Jalla, maka tidak akan suci jasadnya melainkan hanya tempat yang terkena pada wuduknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1561, hadis nombor 7908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود-رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من توضأ فذكر الله عز وجل على وضوئه، كان طهورا لسائر جسده، ومن توضأ ولم يذكر الله عز وجل-؛ لم يطهر منه إلا ما أصابه)). [أبوبكر الشافعي في ((الفوائد))، الشجري،هق،((الضعيفة))(6372)].

(Lemah) Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berwuduk maka ingatlah Allah pada wuduknya, kerana ia menyucikan untuk seluruh jasadnya. Dan barang siapa yang berwuduk tanpa mengingati Allah Azza wa Jalla, maka tidak akan suci jasadnya melainkan hanya tempat yang terkena pada wuduknya. [Diriwayatkan oleh Abu Bakr Al-Shafi’ie dalam Kitab al-Fawaid, Al-Shajari, dan al-Baihaqi dalam Kitab al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Daifah no.6372].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs