Barang siapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فأحسن الوضوء ثم قال ثلاث مرات: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، فتحت له ثمانية أبواب من الجنة يدخل من أيها شاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya. Kemudian dia membaca sebanyak tiga kali: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya", akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memasukinya daripada mana-mana pintu yang dikehendaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1495, hadis nombor 7620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن أنس بن مالك مرفوعاً: من توضأ فأحسن الوضوء، ثم قال ثلاث مرات: "أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله"؛ فتح له من الجنة ثمانية أبواب، يدخل من أيها شاء. [هـ، حم، الدولابي، ((أبو نعيم في أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4578)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya. Kemudian dia membaca sebanyak tiga kali:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya",
akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memasukinya daripada mana-mana pintu yang dikehendaki. [Riwayat Ibn Majah, Ahmad, al-Dulabiy dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4578]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs