Barang siapa yang berwuduk kemudian mendatangi masjid

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ ثم أتى المسجد فصلى الركعتين قبل الفجر ثم جلس حتى يصلي الفجر كتبت صلاته يومئذ في صلاة الأبرار وكتب في وفد الرحمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berwuduk kemudian mendatangi masjid lalu menunaikan solat dua rakaat yang sebelum subuh, kemudian dia duduk sehingga solat subuh, nescaya solatnya pada hari itu akan dicatat bersama solat golongan orang yang berbakti serta dicatat bersama tetamu Yang Maha Pengasih.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 378, hadis nombor 2004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من توضأ ثم أتى المسجد فصلى الركعتين قبل الفجر ثم جلس حتى يصلي الفجر كتبت صلاته يومئذ في صلاة الأبرار وكتب في وفد الرحمن». [طب، «الضعيفة» (6723)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang berwuduk kemudian mendatangi masjid lalu menunaikan solat dua rakaat yang sebelum subuh, kemudian dia duduk sehingga solat subuh, nescaya solatnya pada hari itu akan dicatat bersama solat golongan orang yang berbakti serta dicatat bersama tetamu Yang Maha Pengasih.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6723].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs