Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضأَ فأحسنَ الوُضوءَ ورفعَ بصرَهُ إلى السماءِ، فقال : أشهدُ أن لا إلهَ إلا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، وأشهدُ أنَّ محمدًا عبدُهُ ورسولُهُ، فُتِحَتْ لهُ ثمانيةُ أبوابٍ من أبوابِ الجنةِ، يَدخلُ من أيِّها شاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berwudhu’ serta memperelokkan wudhu’nya dan mengangkat pandangannya ke langit dengan berkata: 'Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya', akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia akan memasukinya daripada mana-mana pintu yang dikehendaki.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin Amir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis no. 8061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بزيادة "الرفع") عن عقبة بن عامر: أنه كان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال عمر: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قبل أن تأتي: ((من توضأ فأحسن الوضوء ورفع بصره إلى السماء، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، فتحت له ثمانية أبواب من أبواب الجنة يدخل من أيها شاء)). [ع، ((الضعيفة)) (6810)].
(Munkar dengan penambahan: 'mengangkat') Daripada Uqbah bin Amir, dia pernah berada bersama Rasulullah, ketika itu Umar telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda sebelum kamu datang: ((Barang siapa yang berwudhu’ serta memperelokkan wudhu’nya dan mengangkat pandangannya ke langit dengan berkata: 'Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya', akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia akan memasukinya daripada mana-mana pintu yang dikehendaki.)) [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6810].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman