Barang siapa yang berwudhu’ kemudian dia tidak berkata-kata sehingga dia membaca

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من توضأ ثم لم يتكلم حتى يقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله؛ غفرله ما بين الوضوءين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berwudhu’ kemudian dia tidak berkata-kata sehingga dia membaca: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya, diampunkan baginya di antara dua wudhu’.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis nombor 8060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بجملة "التكلم") عن عبد الرحمن بن سلمان قال: رأيت عثمان بن عفان بـ (المقاعد) يتوضأ، فمر به رجل؛ فسلم عليه، فلم يرد عليه حتى فرغ من وضوئه، ثم دخل المسجد، فوقف على الرجل، فقال: لم يمنعني أن أرد عليك إلا أني سمعت رسول الله صلى الله عليه واله وسلم يقول: ((من توضأ ثم لم يتكلم حتى يقول: "لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله"؛ غفر له ما بين الوضوءين). [ع، ((الضعيفة)) (6811)].

(Palsu dengan tambahan ayat: ‘bercakap’)
Daripada Abd al-Rahman bin al-Salman berkata: Aku melihat Uthman bin Affan berwudhu’ di tempat duduk. Lalu seorang lelaki berjalan melintasinya dan dia memberi salam kepadanya tetapi dia tidak menjawabnya sehingga dia selesai berwudhu’. Kemudian dia memasuki masjid dan berdiri di hadapan lelaki tersebut lalu berkata: "Tidak ada yang menghalangku untuk menjawab (salam) ke atasmu melainkan aku mendengar Rasulullah SAW berkata: ((Barang siapa yang berwudhu’ kemudian dia tidak berkata-kata sehingga dia membaca: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya’, akan diampunkan baginya dosa-dosa di antara dua wudhu’.
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6811].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.