Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضَّأ ثم لم يتكلم حتى يقول: أشْهدُ أن لا إلهَ إلَّا اللَّه وأنَّ محمَّدًا عبدُهُ ورسولُهُ، غفرَ لَهُ ما بينَ الوضوءينِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berwudhu’ kemudian dia tidak berkata-kata sehingga dia membaca: 'Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya, diampunkan baginya di antara dua wudhu’.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1596, hadis no. 8060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu dengan tambahan ayat: 'bercakap') Daripada Abd al-Rahman bin al-Salman berkata: Aku melihat Uthman bin Affan berwudhu’ di tempat duduk. Lalu seorang lelaki berjalan melintasinya dan dia memberi salam kepadanya tetapi dia tidak menjawabnya sehingga dia selesai berwudhu’. Kemudian dia memasuki masjid dan berdiri di hadapan lelaki tersebut lalu berkata: "Tidak ada yang menghalangku untuk menjawab (salam) ke atasmu melainkan aku mendengar Rasulullah SAW berkata: ((Barang siapa yang berwudhu’ kemudian dia tidak berkata-kata sehingga dia membaca: 'Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya', akan diampunkan baginya dosa-dosa di antara dua wudhu’. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6811].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman