Barang siapa yang bertemu saudaranya ketika selesai menunaikan solat Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لقي أخاه عند الانصراف من الجمعة؛ فليقل: يقبل الله منا ومنك؛ فإنها فريضة أديتموها إلى ربكم -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang bertemu saudaranya ketika selesai menunaikan solat Jumaat, maka ucapkanlah: ‘Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu’ kerana sesungguhnya ia merupakan kewajipan yang telah kalian tunaikannya kepada Tuhan kalian ‘Azza Wa Jalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis nombor 7829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من لقي أخاه عند الانصراف من الجمعة؛ فليقل: يقبل الله منا ومنك؛ فإنها فريضة أديتموها إلى ربكم -عز وجل-)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5667)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang bertemu saudaranya ketika selesai menunaikan solat Jumaat, maka ucapkanlah: ‘Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu’ kerana sesungguhnya ia merupakan kewajipan yang telah kalian tunaikannya kepada Tuhan kalian ‘Azza Wa Jalla.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5667]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.