Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لقيَ أخاه عندَ الانصرافِ من الجمعةِ؛ فليقل: يقبلُ اللهُ منا ومنكَ؛ فإنها فريضةٌ أدَّيتمُوها إلى ربِّكم -عزَّ وجلَّ-.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang bertemu saudaranya ketika selesai menunaikan solat Jumaat, maka ucapkanlah: 'Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu' kerana sesungguhnya ia merupakan kewajipan yang telah kalian tunaikannya kepada Tuhan kalian ‘Azza Wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis no. 7829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من لقي أخاه عند الانصراف من الجمعة؛ فليقل: يقبل الله منا ومنك؛ فإنها فريضة أديتموها إلى ربكم -عز وجل-)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5667)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang bertemu saudaranya ketika selesai menunaikan solat Jumaat, maka ucapkanlah: 'Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu' kerana sesungguhnya ia merupakan kewajipan yang telah kalian tunaikannya kepada Tuhan kalian ‘Azza Wa Jalla. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5667]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman