Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang bertemu Allah SWT dan dia tidak mensyirikkan-Nya sama sekali

Teks Bahasa Arab

من لقيَ اللَّهَ وَهوَ لا يشرِكُ بِهِ شيئًا؛ دخلَ الجنَّةَ، ولم تضرَّ معَهُ خطيئةٌ كما لو لقِيَهُ وَهوَ مشرِكٌ بِهِ دخلَ النَّارَ ولم ينفعْهُ معَهُ حسنةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang bertemu Allah SWT dan dia tidak mensyirikkan-Nya sama sekali, akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan berbahaya dosa yang bersamanya. Sebagaimana jika yang bertemu dengan-Nya dan dia musyrik kepadaNya, akan masuk ke dalam neraka. Dan tidak bermanfaat kebaikan (pahala) yang bersamanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis no. 2793.

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «من لقي الله وهو لا يشرك به شيئا؛ دخل الجنة، ولم تضره معه خطيئة؛ةکما لو لقيه وهو مشرك به دخل النار ولم ينفعه معه حسنة». ل [حم، «الضعيفة»، (5579)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata:“Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang bertemu Allah SWT dan dia tidak mensyirikkan-Nya sama sekali, akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan berbahaya dosa yang bersamanya. Sebagaimana jika yang bertemu dengan-Nya dan dia musyrik kepadaNya, akan masuk ke dalam neraka. Dan tidak bermanfaat kebaikan (pahala) yang bersamanya”.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5579].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.