Barang siapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لقي الله وهو لا يشرك به شيئا؛ دخل الجنة، ولم تضره معه خطيئة؛ کما لو لقيه وهو مشرك به دخل النار ولم ينفعه معه حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, akan masuk ke dalam syurga dan tidak membahayakan sebarang dosa yang bersamanya. Begitu juga jika dia bertemu dengan-Nya dan dalam keadaan dia mensyirikkan-Nya, akan masuk ke dalam neraka dan tidak bermanfaat sebarang kebaikan (pahala) pun yang bersamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis nombor 2793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «من لقي الله وهو لا يشرك به شيئا؛ دخل الجنة، ولم تضره معه خطيئة؛ کما لو لقيه وهو مشرك به دخل النار ولم ينفعه معه حسنة».
[حم، «الضعيفة»، (5579)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, akan masuk ke dalam syurga dan tidak membahayakan sebarang dosa yang bersamanya. Begitu juga jika dia bertemu dengan-Nya dan dalam keadaan dia mensyirikkan-Nya, akan masuk ke dalam neraka dan tidak bermanfaat sebarang kebaikan (pahala) pun yang bersamanya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5579]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.