TEKS BAHASA ARAB
من سبح عند غروب الشمس سبعين تسبيحة، غفر الله له سائر عمله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang bertasbih ketika terbenamnya matahari sebanyak tujuh puluh kali tasbih, maka Allah akan mengampunkan seluruh amalannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis nombor 7910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاوية بن حيدة-رضي الله عنه-مرفوعا:((من سبح عند غروب الشمس سبعين تسبيحة، غفر الله له سائر عمله)). [الذهبي في((السير))،((الضعيفة)) (6339)].
(Munkar) Daripada Muawiyah bin Haidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang bertasbih ketika terbenamnya matahari sebanyak tujuh puluh kali tasbih maka Allah akan mengampunkan seluruh amalannya. [Diriwayatkan oleh Al-Zahabi dalam Kitab Al-Siyar, lihat Silsilah al-Daifah, no.6339].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.