Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ سَبَّحَ عِنْدَ غُرُوْبِ الشَّمْسِ سَبْعِيْنَ تَسْبِيْحَةً، غَفَرَ اللهُ لَهُ سَائِرَ عَمَلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang bertasbih ketika terbenamnya matahari sebanyak tujuh puluh kali tasbih maka Allah akan mengampunkan seluruh amalannya.
Sahabat Perawi
- Muawiyah bin Haidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis no. 7910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاوية بن حيدة-رضي الله عنه-مرفوعا:((من سبح عند غروب الشمس سبعين تسبيحة، غفر الله له سائر عمله)). [الذهبي في((السير))،((الضعيفة)) (6339)].
(Munkar) Daripada Muawiyah bin Haidah RA secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang bertasbih ketika terbenamnya matahari sebanyak tujuh puluh kali tasbih maka Allah akan mengampunkan seluruh amalannya. [ Diriwayatkan oleh al-Zahabi dalam Kitab al-Siyar, lihat Silsilah al-Daifah, no.6339].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman