Barang siapa yang bersin atau sendawa, atau mendengar bunyi bersin atau sendawa hendaklah berkata: Segala puji bagi Allah

TEKS BAHASA ARAB

من عطس أو تجشأ، أو سمع عطسة أو جشاء فقال: الحمد لله على كل حال من الأحوال؛ صرف الله عنه سبعين داء أهونها الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang bersin atau sendawa atau mendengar bunyi bersin atau sendawa dan berkata: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan, maka Allah akan memalingkan darinya tujuh puluh penyakit dan yang paling ringan daripadanya adalah penyakit kusta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis nombor 7913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عمرو-رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من عطس أو تجشأ، أو سمع عطسة أو جشاء فقال: الحمد لله على كل حال من الأحوال؛ صرف الله عنه سبعين داء أهونها الجذام)). [ابن الجوزي، خط،، ((الضعيفة))(6137].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW: Barang siapa yang bersin atau sendawa atau mendengar bunyi bersin atau sendawa dan berkata: Segala puji bagi Allah untuk setiap keadaan, maka Allah akan memalingkan darinya tujuh puluh penyakit dan yang paling ringan daripadanya adalah penyakit kusta.
[Riwayat Ibn al-Jawzi, al-Khatib di dalam Kitab al-Tarikh Baghdad, lihat Silsilah al-Da'ifah no.6137].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs