Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ عَطَسَ أو تَجَشَّأ، أَوْ سَمِعَ عَطْسَةً أَوْ جُشَاءً فَقَالَ: اَلْحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ مِنَ الْأَحْوَالِ؛ صَرَفَ اللهُ عَنْهُ سَبْعِينَ دَاءً أهْوَنُهَا الْجُذَامُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang bersin atau sendawa atau mendengar bunyi bersin atau sendawa dan berkata: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan, maka Allah akan memalingkan darinya tujuh puluh penyakit dan yang paling ringan daripadanya adalah penyakit kusta.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis no. 7913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن عمرو-رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من عطس أو تجشأ، أو سمع عطسة أو جشاء فقال: الحمد لله على كل حال من الأحوال؛ صرف الله عنه سبعين داء أهونها الجذام)). [ابن الجوزي، خط،، ((الضعيفة))(6137].
(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW: Barang siapa yang bersin atau sendawa atau mendengar bunyi bersin atau sendawa dan berkata: Segala puji bagi Allah untuk setiap keadaan, maka Allah akan memalingkan darinya tujuh puluh penyakit dan yang paling ringan daripadanya adalah penyakit kusta. [Riwayat Ibn al-Jawzi, al-Khatib di dalam Kitab al-Tarikh Baghdad, lihat Silsilah al-Da'ifah no.6137].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman