TEKS BAHASA ARAB
قال جبريل: يا محمد! إن الله يقول: من صلى عليك عشر مرات؛ استوجب الأمان من سخطه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah berfirman: “Barang siapa yang berselawat ke atasmu dengan sepuluh selawat maka wajiblah keamanan (baginya) daripada kemurkaan-Nya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1555, hadis nombor 7882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-، قال: لو أَنِّي أَنْسَى ذِكْرَ اللهِ مَا تَقَرَّبْتُ إِلَى اللهِ إِلاَّ بِالصَّلاَةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: ((قَالَ جِبْرِيْلُ: يَا مُحَمَّدُ! إِنَّ اللهَ يَقُوْلُ: مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ؛ اسْتَوْجَبَ الأَمَانَ مِنْ سَخَطِهِ)) [الذهبي في ((سير أعلام النبلاء))، ((الضعيفة)) (6260)]
(Munkar)
Daripada Ali RA beliau berkata: Sekiranya aku lupa berzikir kepada Allah maka aku akan mendekatkan dir kepada Allah dengan berselawat ke atas Nabi SAW. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah berfirman: “Barang siapa yang berselawat ke atasmu dengan sepuluh selawat maka wajiblah keamanan (baginya) daripada kemurkaan-Nya.”
[Riwayat al-Zahabi dalam Siyar ‘A'lam al-Nubala’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6260]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.