Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ جِبْرِيْلُ: يَا مُحَمَّدُ! إِنَّ اللهَ يَقُوْلُ: مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ؛ اسْتَوْجَبَ الأَمَانَ مِنْ سَخَطِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah berfirman: “Barang siapa yang berselawat ke atasmu dengan sepuluh selawat maka wajiblah keamanan (baginya) daripada kemurkaan-Nya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1555, hadis no. 7882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-، قال: لو أَنِّي أَنْسَى ذِكْرَ اللهِ مَا تَقَرَّبْتُ إِلَى اللهِ إِلاَّ بِالصَّلاَةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: ((قَالَ جِبْرِيْلُ: يَا مُحَمَّدُ! إِنَّ اللهَ يَقُوْلُ: مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ؛ اسْتَوْجَبَ الأَمَانَ مِنْ سَخَطِهِ)) [الذهبي في ((سير أعلام النبلاء))، ((الضعيفة)) (6260)]
(Munkar) Daripada Ali RA beliau berkata: Sekiranya aku lupa berzikir kepada Allah maka aku akan mendekatkan dir kepada Allah dengan berselawat ke atas Nabi SAW. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah berfirman: “Barang siapa yang berselawat ke atasmu dengan sepuluh selawat maka wajiblah keamanan (baginya) daripada kemurkaan-Nya.” [Riwayat al-Zahabi dalam Siyar ‘A'lam al-Nubala’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6260]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman