Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا، ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مئة. ومن صلى علي مئة كتب الله بين عينيه: براءة من النفاق، وبراءة من النار، وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali. Dan barang siapa yang berselawat ke atasku sebanyak sepuluh kali maka Allah akan selawat ke atasnya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang beselawat sebanyak seratus kali maka Allah tulis di antara dua matanya (tanda) bebas dari sifat munafiq, dan bebas dari api neraka dan Allah akan menempatkannya pada hari kiamat bersama para syuhada.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis nombor 8067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر دون الجملة الأولى) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا، ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مئة. ومن صلى علي مئة كتب الله بين عينيه: براءة من النفاق، وبراءة من النار، وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء)). [طس، طص، ((الضعيفة)) (6852)].

(Munkar tanpa ayat pertama)
Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali. Dan barang siapa yang berselawat ke atasku sebanyak sepuluh kali maka Allah akan selawat ke atasnya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang beselawat sebanyak seratus kali maka Allah tulis di antara dua matanya (ditanda) bebas dari sifat munafiq, dan bebas dari api neraka dan Allah akan menempatkannya pada hari kiamat bersama para syuhada. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan dalam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Daifah no. 6852].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs