Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً صلَّى اللهُ عليهِ عشرًا ، ومن صلَّى عليَّ عشرًا صلَّى اللهُ عليه مئةً ، ومن صلَّى عليَّ مئةً كتبَ اللهُ بينَ عينَيهِ براءةً من النفاقِ وبراءةً من النارِ وأسكنهُ اللهُ يومَ القيامةِ معَ الشهداءِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali. Dan barang siapa yang berselawat ke atasku sebanyak sepuluh kali maka Allah akan selawat ke atasnya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang beselawat sebanyak seratus kali maka Allah tulis di antara dua matanya (tanda) bebas dari sifat munafiq, dan bebas dari api neraka dan Allah akan menempatkannya pada hari kiamat bersama para syuhada.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis no. 8067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر دون الجملة الأولى) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا، ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مئة. ومن صلى علي مئة كتب الله بين عينيه: براءة من النفاق، وبراءة من النار، وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء)). [طس، طص، ((الضعيفة)) (6852)].
(Munkar tanpa ayat pertama) Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali. Dan barang siapa yang berselawat ke atasku sebanyak sepuluh kali maka Allah akan selawat ke atasnya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang beselawat sebanyak seratus kali maka Allah tulis di antara dua matanya (ditanda) bebas dari sifat munafiq, dan bebas dari api neraka dan Allah akan menempatkannya pada hari kiamat bersama para syuhada. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan dalam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Daifah no. 6852].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman