Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak seribu kali

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي في يوم الجمعة ألف مرة؛ لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak seribu kali, maka dia tidak akan mati melainkan diperlihatkan (terlebih dahulu) kepadanya tempatnya di syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1514, hadis nombor 7703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً). عن أنس بن مالك مرفوعاً: ((من صلى علي في يوم الجمعة ألف مرة؛ لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة)). [ابن سمعون في ((الأمالي))، ابن شهين، ((الضعيفة)) (5110)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’: “Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak seribu kali, maka dia tidak akan mati melainkan diperlihatkan (terlebih dahulu) kepadanya tempatnya di syurga.” [Ibn Sam’un di dalam Al-Amali, Ibn Shahin, Silsilah al-Daifah (5110)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs