Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَلْفَ مَرَّةٍ؛ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يُرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak seribu kali, maka dia tidak akan mati melainkan diperlihatkan (terlebih dahulu) kepadanya tempatnya di syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1514, hadis no. 7703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً). عن أنس بن مالك مرفوعاً: ((من صلى علي في يوم الجمعة ألف مرة؛ لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة)). [ابن سمعون في ((الأمالي))، ابن شهين، ((الضعيفة)) (5110)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak seribu kali, maka dia tidak akan mati melainkan diperlihatkan (terlebih dahulu) kepadanya tempatnya di syurga.” [Ibn Sam’un di dalam Al-Amali, Ibn Shahin, Silsilah al-Daifah (5110].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman