Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali selawat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة، قضى الله له مئة حاجة: سبعين من حوائج الآخرة، وثلاثين من حوائج الدنيا، ووكل الله عز وجل بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا؛ إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali selawat, maka Allah akan menunaikan baginya 100 hajat: 70 daripada hajat akhirat dan 30 daripada hajat dunia dan Allah akan mewakilkan malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku sepertimana dimasukkan hadiah-hadiah kepada kamu. Sesungguhnya pengetahuanku selepas matiku seperti pengetahuanku semasa hidupku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1760, hadis nombor 8864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (( من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة، قضى الله له مئة حاجة: سبعين من حوائج الآخرة، وثلاثين من حوائج الدنيا، ووكل الله عز وجل بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا؛ إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي.)) [الأصبهاني، فر، ((الضعيفة)) (5857)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali selawat, maka Allah akan menunaikan baginya 100 hajat: 70 daripada hajat akhirat dan 30 daripada hajat dunia dan Allah akan mewakilkan malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku sepertimana dimasukkan hadiah-hadiah kepada kamu. Sesungguhnya pengetahuanku selepas matiku seperti pengetahuanku semasa hidupku.))
[Riwayat al-Asbahani dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5857].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.