Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali selawat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة؛ قضى الله له مئة حاجة؛ سبعين من حوائج الآخرة، وثلاثين من حوائج الدنيا، ووكل الله -عز وجل- بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا؛ إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali selawat, Allah akan menunaikan baginya 100 hajat; 70 daripada hajat di akhirat dan 30 daripada hajat di dunia. Allah ‘Azza Wa Jalla juga akan melantik malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku sebagaimana dimemasukkan ke atas kalian hadiah-hadiah. Sesungguhnya pengetahuanku selepas kematianku umpama pengetahuanku semasa hidupku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis nombor 7823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من صلى علي في يوم جمعة وليلة جمعة مئة من الصلاة؛ قضى الله له مئة حاجة؛ سبعين من حوائج الآخرة، وثلاثين من حوائج الدنيا، ووكل الله -عز وجل- بذلك ملكا يدخله على قبري كما يدخل عليكم الهدايا؛ إن علمي بعد موتي كعلمي في حياتي)). [الأصبهاني، فر، ((الضعيفة)) (5857)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat sebanyak 100 kali selawat, Allah akan menunaikan baginya 100 hajat; 70 daripada hajat di akhirat dan 30 daripada hajat di dunia. Allah ‘Azza Wa Jalla juga akan melantik malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku sebagaimana dimemasukkan ke atas kalian hadiah-hadiah. Sesungguhnya pengetahuanku selepas kematianku umpama pengetahuanku semasa hidupku.
[Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5857].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs