Barang siapa yang berselawat ke atasku maka telah sampai kepadaku selawatnya

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي، بلغتني صلاته، وصليت عليه، وكتب له سوى ذلك عشر حسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atasku, maka telah sampai kepadaku selawatnya, dan aku juga berselawat untuknya, serta dituliskan baginya sepuluh kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis nombor 7702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف). عن أنس -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من صلى علي، بلغتني صلاته، وصليت عليه، وكتب له سوى ذلك عشر حسنات)). [طس، ((الضعيفة)) (5141)].

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang berselawat ke atasku, maka telah sampai kepadaku selawatnya, dan aku juga berselawat untuknya, serta dituliskan baginya sepuluh kebaikan.” [al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Daifah (5141)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.