Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ، بَلَغَتْنِي صَلَاتُهُ، وَصَلَّيْتُ عَلَيْهِ، وَكُتِبَ لَهُ سِوَى ذَلِكَ عَشْرُ حَسَنَاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berselawat ke atasku, maka telah sampai kepadaku selawatnya, dan aku juga berselawat untuknya, serta dituliskan baginya sepuluh kebaikan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis no. 7702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang berselawat ke atasku, maka telah sampai kepadaku selawatnya, dan aku juga berselawat untuknya, serta dituliskan baginya sepuluh kebaikan.” [al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5141].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman